Hak Cipta Terpelihara | PISMP BM 2011

Sunday, January 15, 2012

Selamat Tahun Baru aka Happy New Year 2012!!

Selamat pagi dan salam 1Malaysia!

Tahniah! Buat kawan2 sekelas kerana berjaya mengharungi segala cabaran dan dugaan pada tahun yang lepas, juga berjaya lulus periksaan semester lepas yang telah berjaya mengganggu gugat minda yang begitu tekun mengulangkaji ketika malam exam..hehe

Nampaknya, sudah lama blog ini tidak diupdate dengan isu2 terkini berkaitan dengan ahli blog ini. Banyak perkara yang telah berlalu dan menjadi kenangan terindah, kenangan termanis, kenangan terpahit, kenangan yang tidak dapat dilupakan, mungkin..


Happy Birthday!

Nampaknya, pada tahun ini sekali lagi secara automatik angka umur kita akan bertambah tahun ini. Selamat Hari Lahir kepada dua ahli kelas kami yang menyambut hari lahir pada bulan ini iaitu lelaki terakhir kadazan Kunak saudara Frinday Merika dan perempuan iban Sarawak terakhir Cik Christina S. Ak Duak. Semoga panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa ceria..^_^

Hanya gambar kek jak yang termampu kami sediakan..:D


Ahli Baru Kelas Kami

Pertama-tama sekali, saya sebagai wakil kelas PISMP BM'11 IPG Kampus Tawau begitu mengalu-alukan kedatangan ahli baru dalam kelas kami yang cantik molek orangnya. Sesuai dengan si empunya diri, nama diberi Arifah Hikmah Amir Kusin. Lahir pada 27 November 1991. Pemilik suara yang petah bercakap ini asalnya Lahad Datu. Dahulu kelas kami seramai 20 orang kini bertambah ahli kepada 21 orang, KU dn PKU begitu senang hati kerana pembahagian kumpulan dapat dibahagikan secara adil iaitu 3 orang setiap kumpulan. Dahulu, Iffa (nama panggilan mesra beliau), merupakan pelatih IPG Kampus Batu Lintang di Sarawak. Namun, disebabkan sebab2 tertentu Iffa telah berpindah ke IPG kami dan kini menjadi ahli baru yang sedikit sebanyak memberi suasana baru kepada kelas kami. :). Tak kenal maka tak cinta kenallah, di bawah ni merupakan gambar yang saya "curi" daripada fb c Iffa. Harap Iffa maafkan  erk. hehe.

Iffa yang berbaju biru tersenyum manis bersama seorang rakannya di IPG lama.


Subjek Semester Ini

Pada semester kali ini, terdapat 6 subjek yang perlu kami kuasai dan fahami untuk persediaan mengajar kelak.. Semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan kami... Amen :)

BMM3105  P&P BM BERBANTUKAN KOMPUTER
BMM3106  PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BM SR
PJM3106  ANATOMI DAN FISIOLOGI
RBT3117  PENGENALAN DALAM PENDIDIKAN KH SR
EDU3104  PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
WAJ3106  HUBUNGAN ETNIK

KU(Ketua Unit) dan PKU(Penolong Ketua Unit) PISMP BM Semester 3

Setelah melaksanakan proses undian secara demokrasi, atas persetujuan ramai, TAHNIAH diucapkan kepada KU dan PKU pada semester kali ini yang disandang oleh jejaka hensem kontrol macho berasal dari Nabawan iaitu Encik saudara Richie Richard sebagai KU dan cik manis perempuan terakhir dusun Tambunan Anthonia L. De Cruz. Harap keduanya akan dapat bersabar dengan karenah2 kelas kami dan melaksanakan tanggunjawab dengan penuh berwibawa pada semester kali ini. hehe

KU sem ini! vote gambar beliau di......


PKU yang akan berganding bahu dengan KU kami pada semester ini :D

Unit Beruniform I ( WAJ3110 )

Pada semester 3 ini juga kami diwajibkan untuk menyertai UB... Berikut merupakan UB dan ahli2nya..

Persatuan Puteri Islam Malaysia
~Arifah Hikmah Amir Kusin

Pandu Puteri Kadet Malaysia
~Syafina Binti Maidol
~Jirah Barati
~Elezebith Jumin

Bulan Sabit Merah Malaysia
~Mohd. Harith Bin Janius
~Mohd. Hasmadil Bin Mohd. Tahir
~Mohd. Erfan Bin Waginin
~Joe Allen Tsen Ka Vui
~Noormally Binti Jain
~Noor Aisyah Binti Omar Gan

Pengakap
~Riko Renato Yusman
~Jocylyn Justine
~Christina S. Ak Duak
~Anthonia L. De Cruz
~Melviana Marcus
~Maria Simpanan
~Rozie Marylenn Sabinus

Kadet Remaja Sekolah
~Frinday Merika
~Richie Richard
~Nur Shaada Binti Abidin
~Minalhayatih Binti Kamaruddin

Selamat berjuang semuanya. Kita akan bertemu di gelanggang kawad tak lama lagi. hehe.


Motto Semester Ini

 ~~Jadi budak baik dan belajar rajin2.. ~~ XD


p/s: Semoga semua plan kita sem ini akan terlaksana... ^^ (_Bernama)