Selamat malam dan slm 1Malaysia..
Setelah mengharungi tahun 2010 yang lalu dgn jayanya,sekali lagi kita melangkah ke tahun yang bakal lebih menguji kesabaran dan ketabahan kita dalam menempuhi liku-liku hidup sebagai hamba-Nya..
Syukur kpd Tuhan kerana kita bertemu lagi pada entri kali ini..^_^..diharapkan pada tahun baru ini,kawan2 semuanya sudah bersedia dengan azam yang kukuh untuk menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya..
Hari isnin yang pertama dalam tahun 2011 ini,masing-masing telah mula sibuk melaksanakan tanggungjawab yang tertangguh sebulan ataupun beberapa minggu yang lalu..bagi para pelajar tentunya akan mula sibuk dengan kelas dan buku masing2,manakala para pekerja tentunya akan mula masuk bekerja sejak awal pagi lagi..percaya atau tak,tentunya hari pertama setelah "berpisah" sementara waktu semasa cuti yang telah lepas merupakan hari yang menggembirakan kerana bertemu dengan rakan2 di sekolah/kolej/ip mahupun tempat bekerja,namun bukan semuanya berlaku sedemikian.. ada juga yang tentunya bersedih kerana berpisah dengan keluarga masing2,tinggal berjauhan katakan,siapa x sedih kan...semestinya calon2nya tak lain tak bukan adalah dalam kalangan pelajar dalam institut ini sendiri...betul atau tak kawan2??...hehe..jangan sedih2 ar..mesti happy and smile always..ini kerana,"Emosi Akan Mempengaruhi Persekitaran Anda",mutiara kata yang tentunya akan memberikan sedikit perubahan kepada diri kawan2 semua apabila menghayati isi tersirat pada kata2 tersebut...
Syukur juga kepada Tuhan kerana pada tahun ini kami telah melangkah setapak lagi dalam program yang telah kami jalani sejak tahun 2009 yang lalu iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan..berikutan dengan hal ini, kami telah diberi taklimat mengenai dengan program yang akan kami jalani selama 4 tahun lamanya..(wow,satu jangka masa yang bukan calang2!)..Orang kata,"ketuaan" sudah nanti di sini..hehe
namun, seperti yang dikatakan oleh pansyarah2 kami ketika memberi taklimat sepanjang hari ini, seharusnya sepanjang mengikuti program ini, apa yang penting ialah melibatkan diri dalam semua program yang dianjurkan oleh pihak institut dan semestinya yang paling utama ialah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan...jadikan semua kesilapan atau kesalahan atau "ketidaktersengajaan" yang telah dilakukan sebelumnya sebagai iktibar dan pengajaran pada masa akan datang...Semoga tahun ini akan membawa sebuah perubahan yang drastik yang lebih positif pada diri kita sendiri seperti yang dikatakan oleh pensyarah biro disiplin kita...Amen...
p/s:Semoga Berjaya a.k.a Good Luck a.k.a Gambatte!!!(mentang2 tahun baru,entri kali ini......pnjg sketla....xpa,jadikan membaca sebagai budaya ilmu kita,betul tak kawan2 semua??....hehe)~peace no war~
No comments:
Post a Comment