Hak Cipta Terpelihara | PISMP BM 2011

Friday, January 7, 2011

Sila Ambil Tindakan Segera

PERHATIAN!!!

Kepada semua pelajar PISMP BM '11, anda dikehendaki untuk menyediakan butir-butir peribadi seperti yang berikut:

1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. No Matrik
4. Program
5. Unit
6. Ambilan
7. Tarikh Lahir 
8. Bangsa
9. Alamat
10. No Telefon
11. Emel
12. Sekeping gambar berukuran pasport (gambar formal)

Semua butir-butir peribadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian ini diperlukan untuk kegunaan fail MQA. Butir-butir lain yang diperlukan dalam fail MQA tuan-tuan dan puan-puan ialah:

1. Surat Tawaran 
2. Keputusan Peperiksaan- SPM, MUET(bagi yang telahpun mengambilnya), dan keputusan peperiksaan baru-baru ini.
3. Segala tindakan disiplin yang dikenakan (borang salah laku) hendaklah dimasukkan ke dalam fail mqa
4. Hal-hal lain ialah sijil penyertaan anda dalam apa-apa acara atau pertandingan selama berada di IP ini


*NOTA: Setiap pelajar diwajibkan untuk menyediakan fail masing-masing yang telah ditetapkan standardnya (gambar fail tersebut akan dimuat turun dalam entri ini selepas ini). Fail tersebut mestilah mempunyai muka depan (cover) yang mengandungi nama dan juga opsyen tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan juga isi kandungan fail. Bagi memudahkan urusan menyediakan fail, seorang ketua yang berperanan untuk membeli fail tersebut akan dilantik bagi menyeragamkan fail MQA. Oleh itu, sila cadangkan seorang ketua yang sesuai untuk membeli dan mengumpul fail MQA bagi unit kita.

Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU.

SEKIAN, HARAP MAKLUM. 

No comments:

Post a Comment